Kamen Rider adalah
cerita mengenai superhero hasil produksi TOEI (perusahaan filem dalam
genre Tokusatsu ataupun superhero) yang berasal dari Jepun. Kamen
bermaksud topeng dan rider bermaksud penunggang. Jadi secara umum kamen
rider adalah 'penunggang bertopeng' (tapi kalau rempit bertopeng lagi
sedap bunyinya). Secara khususnya, kamen rider adalah mereka yang
memiliki kuasa untuk berubah menjadi super hero yang bertopeng dan
mengunakan armor,mereka juga memiliki kekuatan luar biasa. Kenderaan
umum kamen rider adalah motor, tapi ada juga beberapa kenderaan selain
motor.
Kamen Rider memiliki bermacam bentuk dan
jenis.
Ada manusia, Cyborg (manusia setengah robot), 100% robot, manusia
setengah monster, bahkan ada yang 100% monster. Kamen rider ada yang
protagonis & antagonis (baik dan jahat). Siri-siri kamen rider ada
banyak, ada yang berhubungan dan ada yang tidak. Siri kamen rider
dihasilkan pertama kali pada tahun 1971, hingga sekarang kamen rider
masih lagi muncul walau
pun Jepun dilanda tsunami.
Kamen Rider Ichigo & Nigo (1971-1973)
Story Ichigo:
Kamen
Rider Ichigo adalah kamen rider pertama. Menceritakan tentang seorang
saintis bernama Takeshi Honggo yang diculik oleh organisasi jahat
bernama Shocker untuk dijadikan Cyborg, yang akan digunakan sebagai
senjata dalam misi mereka menguasai Jepun. Tetapi sebelum otaknya
dicuci, dia telah diselamatkan oleh gurunya. Berikutan dengan kekuatan
Takeshi yang baru, dia dapat berubah (Henshin) menjadi Kamen Rider
Ichigo dan berjuang untuk melawan Shocker & Gel-Shocker. Kenderaan
kamen rider ichigo adalah motor yang disebut Cyclone. Pada tahun 2005,
TOEI menghasilkan remake filem Kamen Rider Ichigo dalam bentuk movie
dengan judul Kamen Rider The First. Disini kamen rider ichigo mendapat
pembaharuan dalam kostum dan motornya, jalan ceritanya lebih gelap dan
mengandungi unsur drama.
Story Nigo:
Kamen
Rider Nigo adalah kamen rider ke-2 dalam sejarah Kamen Rider. Kamen
Rider Nigo adalah pemuda yang bernama Ichimonji Hayato, dia adalah
seorang jurugambar yang ditawan oleh Shocker yang kemudian diubah
menjadi cyborg. Tujuannya adalah untuk mengalahkan Kamen Rider Ichigo,
tetapi sebelum otaknya di cuci, dia telah diselamatkan oleh Kamen Rider
Ichigo. Berikutan dari peristiwa itu, dia dan Ichigo berjuang bersama
menghadapi Organisasi Shocker, Geldam, dan Gel-Shocker. Kenderaan Nigo
sama seperti Ichigo iaitu Cyclone. Bentuk Nigo juga sama seperti Ichigo,
yang berbeza adalah jalur putih pada badan mereka (ichigo mempunyai 2
jalur manakala nigo mempunyai 1 jalur) sarung tangan & kasutnya,
kalau Ichigo bewarna kelabu, Nigo pula bewarna merah. Kamen Rider Nigo
muncul dalam siri yang sama dengan Ichigo, dia juga muncul dalam movie
Kamen Rider The First & The next.
Kamen Rider V3 & Riderman (1973-1974)
Story V3:
Kamen
Rider V3 adalah kamen rider ke-3, Kazami Shiro yang menjadi saksi
pembunuhan yang dilakukan oleh group penjahat baru bernama Destron.
Sejak itu, dia diburu oleh Destron kerana telah menjadi saksi aktiviti
jahat Destron. Destron menghantar mutan untuk membunuh Kazami, malangnya
keluarga kazami telah menjadi mangsa mutan tersebut. Kazami bernasib
baik dan masih terselamat dengan bantuan Kamen Rider Ichigo & Nigo.
Sejak itulah Kazami memohon kepada Kamen Rider Ichigo & Nigo agar
dirinya diubah menjadi Cyborg seperti mereka untuk menghancurkan
Destron. Kendaraan V3 adalah motor yang disebut Hurricane. TOEI juga
menghasilkan remake Kamen Rider V3 pada tahun 2007 dalam bentuk movie
yang berjudul Kamen Rider The Next bersama Kamen Rider Ichigo & Nigo
dari Kamen Rider The First.
Story Riderman:
Riderman
adalah kamen rider ke-4, pada awalnya dia adalah Yuki joji, seorang
saintis yang bekerja untuk organisasi jahat Destron, malangnya Destron
ingin membunuhnya. Pada saat dia hampir terjatuh ke dalam cecair asid
panas & beracun, dia telah diselamatkan oleh rakan-rakan saintisnya.
Walaupun selamat, dia telah kehilangan sebelah tangannya. Lalu dia pun
menjalani pembedahan cybernetic untuk menggantikan sebelah tangannya
menjadi tangan mekanikal, tangan tersebut dapat bertukar menjadi
senjata. Dia pun bergabung dengan Kamen Rider V3 untuk menghadapi
Destron. Motor Riderman adalah Rider Machine. Ia muncul dlm siri Kamen
Rider V3.
Kamen Rider X (1974)
Kamen
Rider X adalah kamen rider ke-5. Dia adalah Jin Keisuke, seorang
saintis. Suatu ketika dia dan ayahnya cedera parah diserang oleh
organisasi jahat The Government Of Darkness. Demi menyelamatkan Jin yang
parah, ayah Jin yang juga seorang saintis mengubah Jin menjadi Cyborg.
Akhirnya ayah Jin mati akibat kecederaan parah. Sejak waktu itu, Kamen
Rider X bertarung menentang Government Of Darkness. Motor Kamen Rider X
adalah Cruiser, motor ini mempunyai kebolehan untuk menyelam di bawah
air.
Kamen Rider Amazon (1974-1975)
Kamen
Rider Amazon adalah kamen rider ke-6. Dia adalah Yamamoto Daisuke. Dia
adalah satu-satunya orang Jepun yang terselamat dari kemalangan pesawat
yang terhempas di Amazon, dan dia pun dibesarkan disana.Ketika remaja,
dia telah menyelinap masuk ke dalam kapal laut yang sedang singgah di
Amazon yang secara kebetulannya kapal tersebut kembali ke Jepun. Di
Amazon, Daisuke telah terjumpa armband yang bernama Gigi yang kemudian
digunakan dilengan kirinya, armband tersebutlah yang dapat merubah
dirinya menjadi Kamen Rider Amazon dengan menjerit “Amazon”. Dia pertama
kali berubah pada saat dia hendak menyelamatkan seseorang yang diserang
mutant yang dihantar oleh Geddon. Sejak saat itu, dia berjuang melawan
Geddon yang ingin merampas GiGi armletnya. Setelah Geddon hancur, dia
berjuang kembali melawan Geranda Empire. Motor Kamen Rider Amazon adalah
Jungler. Kamen Rider Amazon adalah kamen rider pertama yang tidak
menggunakan topeng & armor, ketika dia berubah, dia benar-benar
menjadi makhluk baru.
Kamen Rider Stronger (1975)
Kamen
Rider Stronger adalah kamen rider ke-7. Jou Shigeru yang hampir
mengambil jalan yang salah kerana dia mahu bergabung dengan organisasi
jahat Black Satan. Dia memutuskan secara sukarela agar dirinya diubah
menjadi cyborg oleh Black Satan demi membalas dendam kepada temannya.
Setelah menjadi stronger, dia sedar bahawa tindakannya salah dan dia pun
bertindak menentang Black Satan, setelah Black Satan hancur dia pun
berjuang kembali melawan Delza army di bawah pimpinan organisasi
Gel-Shocker, Destron, Government Of Darkness, Geddon, & Black Satan.
Motor Kamen Rider Stronger adalah Kabutoroh.
Kamen Rider Skyrider (1979-1980)
Skyrider
adalah kamen rider ke-8.Tsukuba Hiroshi, seorang glider pilot yang
diubah tubuhnya menjadi cyborg oleh seorang saintis demi menyelamatkan
nyawanya akibat kecederaan teruk yang dialaminya yang disebabkan oleh
organisasi jahat Neo-Shocker. Setelah dia menjadi Kamen Rider, dia
berjuang menentang Neo-Shocker yang ingin menghancurkan dunia. Skyrider
memiliki kebolehan untuk terbang. Motornya adalah Sky Turbo.
Kamen Rider Super 1 (1980)
Kamen
Rider Super 1 adalah kamen rider ke-9. Oki Kazuya merelakan dirinya
untuk diubah menjadi cyborg demi menjadi angkasawan yang hebat.
Disebabkan serangan daripada Dogma Kingdom, misi di luar angkasa
tersebut gagal dan dia kembali ke Jepaun. Dia pun berjuang melawan Dogma
Kingdom yang ingin menghancurkan dunia. Kamen Rider Super 1 memiliki 5
sarung tangan super, tiap-tiap sarung tangan memiliki kuasa yang
berbeza. Motor Kamen Rider Super 1 ada 2 iaitu V-machine & Blue
Version.
Kamen Rider ZX (1984)
Kamen
Rider ZX adalah kamen rider ke-10. Ryo Murasama telah ditawan oleh UFO,
kemudian dia diubah menjadi cyborg dan otaknya dicuci oleh organisasi
jahat “Badan”. Pada awalnya dia bekerja untuk Badan untuk menguasai
dunia. Namun lama kelamaan ingatannya pulih, dia teringat kembali akan
peristiwa pembunuhan adiknya yang dilakukan oleh Badan sebelum dia
diubah menjadi cyborg. Setelah itu, dia pun menentang Badan. Motornya
adalah Hell Diver.
Kamen Rider Black (1987-1988)
Kamen
Rider Black pada awalnya adalah seorang pemuda bernama Kotaro Minami
yang diculik oleh makhluk asing “Gorgom” untuk diubah menjadi cyborg, di
dalam badannya telah ditanam 'King Stone' yang dapat memberikannya
kekuatan sebagai Century King yang kemudiannya akan digunakan Gorgom
untuk menguasai Bumi. Kotaro berjaya melarikan diri sebelum proses
penyatuan King Stone dalam tubuhnya sempurna. Setelah menyedari niat
jahat gorgom & sedar bahawa dirinya bukan manusia lagi, dia
menggunakan kekuatannya untuk melawan Gorgom. Motor Kamen Rider Black
ada 2 iaitu Road Sector & Battle Hopper.
Shadow
Moon pada awalnya adalah Nobuhiko Akizuki, adik angkat Kotaro Minami
(Kamen Rider Black), dia juga diculik makhluk asing “Gorgom” untuk
diubah menjadi android & ditanam Kingstone pada badannya. Sayangnya
dia gagal melarikan diri dan Kingstone bersatu dengan tubuhnya. Dia pun
telah berubah 100% menjadi Robot & bekerja untuk Gorgom menentang
Kamen Rider Black. Shadow Moon adalah salah satu daripada Kamen Rider
antagonis, dia memiliki senjata berupa 2 bilah pedang bewarna merah
kristal. Dia tidak memiliki kenderaan & dia juga tidak perlu Henshin
kerana dia android sempurna. Dia juga muncul dalam siri Kamen Rider
Black RX & movie Kamen Rider World. Setelah mati dalam siri Kamen
Rider Black, dia dihidupkan kembali oleh Crisis Empire.
Kamen Rider Black RX (1988-1989)
Kamen
Rider Black RX adalah versi upgrade dari Kamen Rider Black. ketika
Kamen Rider Black berjaya menumpaskan Gorgom, dunia pun kembali damai. 5
tahun kemudian, ketika Kotaro sedang mengendalikan helikopter, terjadi
kemalangan yang disebabkan makhluk asing Crisis Empire. Tujuan Crisis
Empire adalah untuk melenyapkan Kamen Rider Black yang menjadi
penghalang mereka untuk menguasai Bumi. Kotaro pun terlempar keluar ke
angkasa dan dia dihujani tembakan plasma dari pesawat Crisis Empire.
Oleh kerana pancaran plasma tersebut, Kingstone yang ada pada badan
Kotaro pun pecah. Dan kerana efek kosmik & radiasi matahari,
Kingstone berevolusi & mencipta efek supernova sekaligus mencipta
ledakan yang dahsyat yang menyebabkan Kotaro terlempar kembali ke Bumi.
Badan Kotaro telah berubah menjadi tubuh baru yang lebih kuat lagi iaitu
Kamen Rider Black RX. Sekali lagi Kotaro berjuang menentang Crisis
Empire untuk melindungi Bumi. Kamen Rider Black RX memiliki senjata
berupa pedang Light Saber. Dia memiliki 2 kenderaan iaitu motor
Acrobatter yang merupakan upgrade dari Battle Hopper, dan sebuah kereta
yang disebut Rideron. Di episode akhir Kamen Rider Black RX, dia dibantu
oleh 10 Kamen Rider sebelumnya untuk melawan Crisis Empire.
Kamen
Rider Black RX juga mempunyai 2 form yg berubah mengikut emosinya. Yang
pertama adalah Robo RX yang merupakan luahan ekspresi sedih,Robo RX
memiliki senjata berupa pistol laser & motor yang dipanggil
Roboizer. Perubahannya menjadi Robo RX membuatnya lebih kuat &
memiliki daya tahan yang tinggi tetapi pergerakannya menjadi lembab.
Perubahannya yang kedua adalah menjadi RX Bio yang merupakan luahan
ekspresi marah, dengan perubahan ini RX Bio dapat bergerak lebih cepat
& mampu mengubah dirinya menjadi tenaga yang bersinar berupa air
yang boleh membuatnya terbang dengan cepat. Senjatanya masih menggunakan
Light Saber & motornya adalah Mach Jabba.
Shin Kamen Rider (1992)
Shin
Kamen Rider awalnya adalah seorang saintis yang bernama Kazamatsuri
Shin. Dia melakukan eksperimen dengan mencampurkan DNAnya dengan DNA
belalang. Akibat dari eksperimennya itu dia telah berubah menjadi mutant
belalang yg sempurna. Oleh sebab itu apabila dia Henshin, badannya akan
mengalami perubahan untuk bertukar kepada mutant belalang, dia tidak
memakai topeng & armor, dan dia juga tidak mengunakan motor semasa
dalam bentuk mutant tersebut .
Kamen Rider ZO (1993)
Kamen
Rider ZO awalnya adalah seorang pembantu professor bernama Asou Masaru.
Tanpa kerelaan dia diubah menjadi cyborg. Kerana mengalami tekanan
& trauma akibat perubahan dirinya, dia melarikan diri ke hutan.
Suatu saat telepati membangunkan dirinya, ada seseorang yang meminta
bantuannya untuk melindungi bumi dari serangan monster bernama Doras
yang diciptakan oleh organisasi jahat Neo Organism. ZO memiliki motor
yang disebut Z-Bringer. Rupa Kamen Rider ZO mirip dengan Kamen Rider J,
yang membezakannya adalah garis ditubuhnya. Kamen Rider ZO hanya muncul
dalam versi movie saja. Ia juga muncul di movie Kamen Rider World
bersama Kamen Rider J.
Kamen Rider J (1994)
Kamen
Rider J adalah Segawa Kouji, dia bekerja sebagai wartawan. Dia
memperoleh kekuatan untuk berubah menjadi Kamen Rider dari alien yang
tinggal dibawah tanah, J bertindak untuk melindungi bumi daripada alien
jahat bernama Fog Master yang hendak menghancurkan bumi. Dia adalah
satu-satunya Kamen Rider yang boleh mengubah saiznya menjadi raksasa.
Motornya adalah J-Crosser. Kamen Rider J hanya ada dalam movie saja. Dia
juga ada di movie Kamen Rider World bersama Kamen Rider ZO, mereka
bertarung bersama melawan Shadowmoon & pasukannya.
Kamen Rider Kuuga (2000-2001)
Pada
awal cerita, Yuusuke Godai berubah menjadi Kuuga putih untuk memerangi
Grongi. Sepanjang waktu dia bertambah lebih kuat dan dapat akses untuk
semua bentuk Kuuga. Ada beberapa bentuk perubahan Kuuga antara lain
Growing/Glowing, Mighty, Dragon, Pegasus, Titan, Rising Mighty, Rising
Dragon, Rising Pegasus, Rising Titan, Amazing Mighty, dan Ultimate.
Namun pada siri Kamen Rider Decade, Kuuga mendapatkan kekuatan tambahan
yang lebih kuat dari seluruh bentuk perubahan sebelumnya iaitu Kuuga
Rising Ultimate.
Kamen Rider Agito (2001-2002)
Seorang
pemuda bernama Shouichi Tsugami kehilangan ingatannya. Dia tidak
mengenali dirinya sendiri, dari mana dia berasal atau bagaimana dia
boleh mengalami keadaannya yang aneh. Tsugami, tanpa penjelasan yang
jelas, berubah menjadi manusia super yang sangat hebat, Agito, dimana
tahapnya dianggap oleh polis sebagai “Unknown”, para monster yang sangat
kuat yang telah melakukan pembunuhan di Tokyo.Sebagai tindakan lanjut,
pihak polis mengeluarkan senjata terbaru mereka: Armor robot G3, direka
untuk melawan ”Unidentified Lifeforms”, musuh No.4 (Kamen Rider Kuuga).
G3 and Agito tidak tahu apakah mereka harus bergabung dan mengalahkan
Unknown, musuh utama mereka, atau berkelahi satu sama lain, membiarkan
misteri diantara mereka yang membuat terpisah selalu. Pada akhirnya,
tambah lagi misteri yang terbongkar. Dengan kehadiran Kamen Rider Gills,
yang sedang dalam pencarian untuk membongkar mengapa ayahnya bunuh
diri. Misteri-misteri ini dan yang lainnya bercantum satu sama lain,
sebagai penceritaan alam Agito yang akan memutuskan nasib umat manusia.
Kamen Rider Ryuki (2002-2003)
Tiga
belas Kad Advent telah dicipta untuk tiga belas Kamen rider. Mereka
membuat Kontrak dengan monster dari Dunia Cermin yang misteri, suatu
dimensi parallel yang mana hanya ada Kamen Rider. Rider-rider mengunakan
kekuatan raksasa dalam cermin yang makan raksasa lain yang mereka
tewaskan. Pencipta Kad Advent hanya mempunyai satu peraturan: bahawa
hanya boleh ada satu Kamen Rider. Yang lain harus dibunuh, dan pemenang
akan diberi satu permintaan, yang membawa konflik yang dikenali sebagai
Perang Rider (Rider War).
Di
seluruh bandar, orang-orang tidak bersalah hilang secara aneh.
Berikutan peristiwa ini, Shinji Kido – seorang wartawan di pejabat
berita online– terjumpa salah satu Kad Advent di dalam sebuah apartment
dimana setiap permukaan yang memantulkan cahaya telah ditutup oleh surat
khabar.Dia ditarik ke dalam Dunia Cermin, menemui kebenaran yang
mengerikan di sebalik kes orang hilang yang ditarik melalui cermin oleh
raksasa Dunia Cermin. Hampir dibunuh oleh raksasa naga(Dragredder) namun
dia diselamatkan oleh Kamen Rider Knight: Ren Akiyama. Ren bercadang
untuk menang dalam Rider War biar bagaimanapun caranya. Ren bekerja di
sebuah cafe milik Yui Kanzaki, yang mencari abangnya yang telah lama
terpisah: dalang disebalik RiderWar, Shiro Kanzaki. Shinji tidak
berminat dgn RiderWar, dia hanya ingin melindungi orang-orang tidak
bersalah dari ancaman Raksasa Dunia Cermin, dan menghentikan perkelahian
bodoh antara Kamen Rider. Dengan Dragredder sebagai monster Kontrak
nya, dia menjadi Kamen Rider Ryuki.
Kamen Rider 555 (2003-2004)
Syarikat
Smart Brain, syarikat paling maju di dunia, sedang berusaha untuk
mengambil alih dunia menggunakan Orphnoch, evolusi manusia yang lebih
kuat, yang secara diam-diam memusnahkan populasi manusia. Utk tujuan
ini, mereka mencipta tiga armor, yang diberi nama Rider Gear ( Delta,
Faiz, dan Kaixa), untuk mencari dan melindungi Raja Orphnoch, yang dapat
memperbaiki kecacatan di dalam DNA ORPHNOCH yang menyebabkan struktur
genetik mereka tidak stabil, yang mengakibatkan kematian.
Rider
Gear dicuri oleh Hanagata, Orphnoch Kambing dan Presiden terdahulu
Syarikat Smart Brain. Bagaimanapun, Rider gear telah dicipta untuk
digunakan oleh Orphnoch, dan manusia tidak mampu untuk mengaktifkan
sistem ini tanpa melalui modifikasi genetik.
Takumi
Inui, secara tidak sengaja terlibat ke dalam konflik antara Orphnoch
dan manusia dan menjadi Kamen Rider Faiz untuk menyelamatkan Mari
Sonoda, salah seorang daripada Ryuseiji. Syarikat Smart Brain mulai
memburu dia untuk mendapatkan kembali Faiz Gear.
Bagaimanapun,
ada di antara Orphnoch yang ingin hidup bersama dengan manusia, mereka
mulai menentang Smart Brain, ini membuatkan mereka turut menjadi sasaran
Smart Brain.
Ketika
polis Tokyo mengetahui Orphnoch menjadi dalang rangkaian pembunuhan
manusia, mereka mula mengadakan operasi untuk membunuh makhluk tersebut,
mereka melakukan berbagai cara utk membunuh orpenoch. Mereka bahkan
mula melakukan eksperimen atas Orphnoch yang ditangkap untuk mencari
cara menghapuskan mereka, meskipun tidak berjalan lancar.
Raja Orphnoch akhirnya menjelma di dalam badan seorang budak lelaki bernama Teruo.
Kamen Rider Blade (2004-2005)
Sepuluh
ribu tahun yang lalu, suatu pertempuran besar dikenal sebagai Battle
Royal yang melibatkan 52 Undead, Pemenangnya adalah Manusia Undead,
dengan itu dia diberi kebebasan untuk hidup di bumi bersama manusia. Di
zaman sekarang, ahli arkeologi menemukan Undead yang dikunci, dan secara
kebetulan telah membebaskan mereka. Akhirnya, Battle Royal yang baru
akan bermula.
Setelah
mengembangkan Sistem Rider, organisasi BOARD bersama dua orang pemuda,
yang menjadi Kamen Rider: Kazuma Kenzaki Dan Sakuya Tachibana berjuang
bersama-sama sebagai Kamen Rider Blade dan Kamen Rider Garren untuk
melindungi manusia dari Undead dan mengunci mereka. Juga melawan Undead
misteri Chalice, Kamen rider yang tidak diketahui asal usulnya. Sebagai
tambahan, Mutsuki Kamijo seorang pemuda yang berjuang untuk membebaskan
dirinya dari kawalan Undead spider,dia bertarung sebagai Kamen Rider
Leangle.
Kamen Rider Hibiki (2005-2006)
Fokus
utama cerita ni adalah mengenai guru dan murid, Asumu Adachi dan Oni
dipanggil Hibiki. Asumu adalah seorang pemuda yang tak percaya diri dan
berada di persimpangan di dalam hidupnya ketika dia berpindah ke sekolah
menengah. Dia belajar untuk menjadi matang melalui pertarungan Hibiki
dan Oni lain. Fokus lainnya adalah pertempuran masa lampau Kamen Rider
(dikenal sebagai Oni dalam siri ini) dan Makamou, syaitan yang hanya
dapat dikalahkan menggunakan ” bunyi suci”. Siri ini berkisarkan tentang
hubungan diantara guru dan murid dan kehidupan empat Oni utama: Hibiki,
Ibuki, Todoroki Dan Zanki.
Kamen Rider Kabuto (2006-2007)
Menceritakan
kisah seorang pemuda bernama Souji Tendou. Dia telah berlatih tujuh
tahun untuk mengunakan Kabuto Zecter dan menggunakan nama Kamen Rider
Kabuto. Membuat banyak musuh dimana pada waktu yang sama bertemu Rider
lain dengan asal-usul yang misteri,Tendou bertarung untuk memenuhi
impiannya iaitu menghapuskan semua Worm yang mengancam umat manusia. Dia
bertemu Arata Kagami, yang kemudian menjadi Kamen Rider Gatack, mereka
berdua bekerjasama untuk menyelamatkan umat manusia dari alien Worm yang
datang dengan batu meteor pada tujuh tahun yang lalu.
Kamen Rider Den-O (2007-2008)
Ryotaro Nogami adalah pemuda yang bernasib malang. Suatu hari, dia terjumpa kad aneh dan segala keanehan ini bermula dari seorang perempuan misteri dan keretapi masa. Imagin, Mahluk dari masa depan lain cuba untuk mengubah masa lalu. Meskipun sedikit bingung tentang krisis alam, Ryotaro, bersama dengan bantuan imagin yang keras kepala, bernama Momotaros, menjadi Kamen Rider Den-O, menjelajah ke zaman yang berbeza diatas Denliner untuk melawan Imagin yang jahat untuk menghalang mereka daripada mengubah masa lalu untuk mempengaruhi masa depan dan saat ini. Sepanjang pertarunganya, Ryotaro dibantu oleh Imagin lain, suka memanipulasi dan suka perempuan -Urataros, sekuat hercules dan berpewatakan sebagai ahli sumo-Kintaros, dan yang kekanak-kanakan,suka melukis dan gemar menari-Ryuutaros.
Kamen Rider Kiva (2008)
22
Tahun setelah kehilangan ayahnya, Wataru Kurenai tinggal di sebuah
“rumah berhantu” di mana takdirnya sebagai Kamen Rider Kiva untuk
melawan raksasa penghisap kehidupan yang digelar Fangires, kaum yang
ayahnya lawan bertahun-tahun yang lalu sebelum menghilangkan diri.
Wataru harus pula berhadapan dengan Kamen Rider Ixa yang menjadi
sebahagian organisasi untuk menghancurkan Fangire, Fangires juga
mempunyai Rider, Kamen Rider Saga. Cerita dipisah antara kisah Wataru di
masa sekarang (2008) dan ayahnya Otoya di masa lalu (1986), secara
perlahan-lahan misteri disebalik fangire & kiva terlerai.
Kamen Rider Decade (2009)
Cerita
berdasarkan sekitar sembilan dunia Kamen Rider Heisei yang bergabung
menjadi satu, sesuatu yang akan menghancurkan semua dunia. Untuk
mencegah ini, Tsukasa Kadoya bertukar menjadi Kamen Rider Decade, dia
diberitahu bahawa untuk melindungi dunia miliknya, dia harus mengembara
dengan Natsumi dan datuknya ke Dunia Kamen Rider lain disebut Dunia A.R.
( Alternative Rider) dan mencipta jambatan yg menghubungkan ke-sembilan
dunia tersebut. Sepanjang perjalanan, decade berhadapan dgn Narutaki
yang misteri dan pencuri harta karun, Daiki Kaito. mereka bergabung
bersama Yusuke Onodera dari dunia Kuuga dan Kiva-La dari dunia Kiva.
Untuk
menyesuaikan warna dengan motif fotografi dalam siri ini, Kamen Rider
decade dalam siri ini berdasarkan model warna CMYK : Decade adalah warna
magenta, Diend adalah cyan.
Kamen Rider Double (2010)
Di
kota Futo yang berunsurkan ecology( Fuuto, ” bandar angin”), ada banyak
kincir angin dan penduduknya hidup aman damai. Bagaimanapun, keluarga
Sonozaki menjual alat misteri yang menyerupai USB flash drive dipanggil
Gaia Memori kepada penjahat dan pihak-pihak lain yang mementingkan
diri,yang digunakan mereka untuk menjadi monster yang disebut Dopants,
melakukan kejahatan. Pihak polis mati kutu untuk menghentikan mereka.
Gaia Memori mengandungi suatu toksin berbahaya yang menyebabkan para
penggunanya menjadi gila dan mereka boleh mati dari alat itu. Setelah
kematian boss nya, detektif Shotaro Hidari yang bekerja dengan Philip
yang misteri, menguasai Gaia Memori untuk membanteras segala kejahatan
melibatkan Dopants. Dengan menggunakan Gaia Memori mereka sendiri,
Shotaro Dan Philip menggunakan belt Double Driver untuk mengubah bentuk
dan bercantum untuk menjadi Kamen Rider Double untuk menghapuskan
ancaman Dopant dan menjaga keamanan Bandar Futo. Sementara itu,Ryu
Terui, yang berubah menjadi Kamen Rider Accel, misteri dari masa lampau
Philip dan hubungannya kepada keluarga Sonozaki dan organisasi X mulai
terlerai satu persatu.
Kamen Rider OOO (OZU) (2010)
Eiji
Hino adalah pemuda yang tidak mempunyai impian, tidak ada pekerjaan,
dan tidak ada keluarga. Ketika raksasa seperti haiwan yang digelar
Greeed, telah bangkit setelah 800 tahun tidur untuk menyerang manusia
dan memakan medal hasil daripada sifat tamak mereka, satu Greeed yang
menyerupai burung bernama Ankh memberi Eiji belt dan tiga Medal untuk
melawan Greeed sehingga dia menjadi Multi King : Kamen Rider Ozu.
Kougami Foundation yang misteri mendekatinya dan mulai membantunya dalam
melawan Greed, tetapi alasan motif mereka tidaklah jelas. Ketika Eiji
berjuang untuk pertama kali, Eiji mulai menyedari apa maknanya
“kehidupan”.
Dengan
tiga medal Ozu bertema binatang di dalam belt Oz Drivernya, dilengkapi
dengan O-Scanner, Ozu dapat menggunakan berbagai bentuk disebut Combo.
Combos pertama ditunjukkan adalah TaToBa Combo, dengan kepala bertemakan
helang menggunakan Pedang Medajalibur, badannya mempunyai tema harimau
menggunakan cakar di tangannya, dan kakinya bertemakan belalang untuk
menggunakan Rider Kick. Dia juga dapat menggunakan bentuk lain RaToraTah
Combo, GataKiriBa Kombo, dan SaGorZo Combo dengan Core Medal
berdasarkan haiwan. Sebutan OOO merujuk kepada tiga core medal yang
Kamen Rider Ozu gunakan.
Raksasa
Greed, yang terdiri daripada lima raksasa bermotifkan haiwan yang
mengunakan sifat tamak manusia untuk mencipta Yummy. Akira Date adalah
seorang doktor yang balik dari luar negara dan bekerja untuk Kougami
Foundation sebagai kamen rider Birth, tugasnya adalah untuk mengumpul
cell medal.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar